ABOUT STORY MY BIAS


Meet The Owner

New Status
To love is nothing, to be loved is something but to love and to be loved by the one you love,that is EVERYTHING


Assalamualaikum and Annyeong-haseyo to all my fellow followers~ !=)

Super Blogger





Read It Loud



This template was created by 'Izzah . Basecodes by Wana . Yaya gives me the beautiful header . Please inform me if I use your stuff but I didn't mention it, oke? ^^
Aku dengan En.Surat suatu ketika dahulu



Assalamualaikum...


Lokasi : Padang sekolah
Tahun : 2006
Tarikh : 24/1

Mengintai kenangan lama apabila aku terjumpa dairiku dalam sibuk mengemas.
Hari itu merupakan hari sukan sekolah dan En.Surat merupakan salah seorang peserta lumba lari. En. Surat ini tua setaun dari aku so sangat wajarlah bila aku panggil dia abang. Bila teringat kembali aku sangat mengilainya, macam-macam perkara yang aneh-aneh aku lakukan dan aku rasa En.Surat mesti anggap aku ini gila tapi apakah daya En.Surat ini sudah berpunya dan girlfriend dia memang cantik dan comel. Mereka berdua memang sepadan. Aku ini apa lah sangat( huh, ayat sedih). Huhuhuhuh.


Eyh~ lain sudah ini aku sebenarnya nak bercerita tentang perbualan aku dan En.Surat buat pertama kalinya. Masa itu, aku nampak En. Surat jalan sensorang so aku pun beranikan diri untuk menegurnya dan alhamdulillah sahutan aku disambut mesra olehnya. *malu-malu*
Lebih kurang beginilah. Ketika itu aku tak tahu lagi nama dia siapa dan kalau korang nak tahu lahh itu antara sebab utama aku tegur dia.



Me : "Bang, nama abang siapa ?" (macam nak gadoh lak, ehem..bukan cuma ini memang gaya aku)
En.Surat : "Nak nama pendek ke nama panjang?"
Me : "Nama pendek."
En.Surat : " **y***"
Aku pun menganguk then tercakap " ohh, **y***"
tetiba dia lak sambung "**y*** world" sambil gelak-gelak.(zaman mawi world kalau korang ingatlah)
Aku pun turut sama sekali gelak, aduhai suka buat lawak senget jugak En.Surat ini nampak je macam serius.
En.Surat bertanya jugak siapa nama aku. Aku jawab jelah. Yang paling aku tak paham asal dia tanya aku form berapa masa tuh, penat aku fikir. Boleh je dia tanya soalan lain. Aku menyedapkan hati bila hati aku cakap dia mungkin tiada soalan nak tanya aku kot. HAHA. Tapi aku jawab jugak. Kemudian kitaorang pun blah. Tapi lepas tuh jumpa lagi. Kali ini aku lak yang menanyakan soalan yang sememangnya aku sudah tahu.


Me : " Abang, Abang masuk lumba lari?"
En.Surat: "Yup."
Me " Abang nak lari dah ke?"
En. Surat: " hmm, nak lari dah ni."
Me : "hwaiting" *sambil tangan buat macam dalam cerita korea tuh*
En. Surat tersenyum dan mengikuti apa yang aku lakukan sebentar tadi.






nota : Ini salah satu kenangan yang En.Surat tinggalkan untuk aku.



Labels: ,

Older Post | Newer Post