ABOUT STORY MY BIAS


Meet The Owner

New Status
To love is nothing, to be loved is something but to love and to be loved by the one you love,that is EVERYTHING


Assalamualaikum and Annyeong-haseyo to all my fellow followers~ !=)

Super Blogger





Read It Loud



This template was created by 'Izzah . Basecodes by Wana . Yaya gives me the beautiful header . Please inform me if I use your stuff but I didn't mention it, oke? ^^
Sengil chu~chu~chu~kahaminda chingu yarr ^_^




Assalamualaikum ..



Ehem, ehem.. Dear my friend, happy birthday yang ke 22. Asal lah kau ni cepat sangat lahir. HEHE. Huh, sorry lah tahun ini kita tidak dapat celebrate macam dulu-dulu. Aku tahu kau mesti rindu so do I. Gila tak rindu, kau kawan pertama aku masa dekat sana. Aku dah macam putus harapan dah masa tuh kau tahu jelah aku masih dalam keadaan yang tidak stabil gara-gara kenyataan yang aku tidak dapat terima tapi tak ada siapa yang faham keadaan aku. Semua budak-budak kelas fikir aku sombong tapi padahal aku masih mencari kekuatan yang aku sendiri tak tahu bila dan sampai bila aku akan terus menyendiri tapi akhirnya aku tak tahu aku dapat kekuatan dari mana dan mungkin ini adalah satu takdir dan jodoh antara aku dan kau maka kita bertemu dan berkawan. 


Sepanjang berkawan dengan kau aku akui kau tersangat amik berat tentang aku malah aku terharu sangat kau layankan sahaja rengetan aku yang memang mintak penampar. Serius aku tabik dengan kesabaran kau tapi sebenarnya kau tak tahu satu perkara, sebenarnya aku sedang menguji kau wahai sahabat kerana sahabat yang baik akan terima segala keburukan yang ada dan masih ada di sisi kita dan tahniah Nur Hanini Nabila Bt Mazlin. Kau memang awesome. XDXD. Walaupun kita pernah gaduh besar sebabkan sifat kurang akal aku tapi akhirnya kita dapat berbaik semula. Asal kau tahu sepanjang kita gaduh aku rindu kau sangat-sangat. Aku nak tegur kau tapi aku tak terluah. Kita sangat dekat tapi jauh dari hati masing-masing. Aku sentiasa berdoa agar Allah bukakan hati kau tuk maafkan aku dan Alhamdulillah kerana kau sudi maafkan aku jua. Kau ingat tak masa graduation hari tuh, aku menangis dalam hati masa kau peluk dan cium aku dan kau cakap kau rindu. Hanya Allah tahu perasaan aku masa tuh, aku rasa nak melompat-lompat. Bayangkan kita gaduh dan masa aku nak balik pun aku sempat lambai kau je tuh pun kau dalam keadaan mamai. Rindu kau tapi tak terkata. Aku dengan sebak pergi meninggalkan Uitm yang penuh dengan kenangan tuh.


Aku rasa aku dah ke lautan China dah ni, anyway my friend sempena hari jadi kau aku harap kau akan bertemu dengan mr.right kau (amin =] ) dan satu je aku harap belajar betol-betol. Jangan jadi macam diploma dulu. Okeyh! Aku sayang kau... jaga diri ye~


lagu untuk kau twentyTwo (dengarlaah , chomel je aku rasa)


nota akhir kata :- kalau gambar tidak chomel maaflah, aku edit dan buat entry ni lepas balik kerja. Otak dan badan dah terintai-intai katil. hehe. 


 

Labels: , ,

Older Post | Newer Post