ABOUT STORY MY BIAS


Meet The Owner

New Status
To love is nothing, to be loved is something but to love and to be loved by the one you love,that is EVERYTHING


Assalamualaikum and Annyeong-haseyo to all my fellow followers~ !=)

Super Blogger





Read It Loud



This template was created by 'Izzah . Basecodes by Wana . Yaya gives me the beautiful header . Please inform me if I use your stuff but I didn't mention it, oke? ^^
Tahun Baru ! 2014 :D




Assalamualaikum ...... 
Alhamdulillah, sedar tidak sedar kita sudah memasuki tahun baru *tarik nafas dan hembus*.Tahun baru azam pun mesti baru kan. Aku berani jaminlah ramai yang sudah pasang azam-azam 2014 kononnya~ lalalalala *menari-nari*. Macam biasa aku pun ingin mengariskan sedikit azam-azam tahun baru ini. Langkah pertama yang berjaya aku lakukan apabila aku berjaya mengubah blog aku ini kepada wajah baru. Lebih kepada keperempuanan sedikit almaklumlah umur aku pun dah menginjak ke angka sweet-sweet so blog aku ini aku upgrade seiring dengan gaya kehidupan aku yang semakin hari semakin berubah. (Tapi korea dan cute memang tidak akan lari dari theme aku). Penghargaan sejuta kali kalungan kepada mereka yang bertungkus-lumus menyiapkan theme ini. Aku sangat hargai mereka-mereka ini walaupun aku dan mereka tidak bersua muka. Terima kasih *tepuk tangan sambil menangis*


Huh, banyak sangat melalut. Bila lah agaknya aku nak cakap pasal azam aku. HAHAHA. XDXD. Sabar-sabar. Tahun baru dekat rumah aku macam biasa meriah sahaja dengan bunyi mercun dan bunga api oleh jiran aku dan aku sudah dapat menjangka jadi aku tidur lewat sikit. Aku jua sempat menyampaikan ucapan lovely tahun baru dekat sesetengah orang, kepada yang aku tak ucap tuh aku mintak maaf sangat. Korang faham-faham jelah aku ini memang hanya akan ingat orang yang ingat dekat aku. Yelah , korang tak ingat dekat aku so buat apa aku nak ingat dekat korang *tak mara, tegur je pun* (Terasa ke?) Eyh~ eyh~eyh~ tepuk dada tanya iman. XP

Sebelum itu, bila di ingat kembali tahun 2013 aku banyak sangat perkara yang mengajar aku tentang kematangan dalam menghadapi kehidupan. Terlalu banyak, bila korang baca ayat aku ini aku berani kerat jari korang mesti terfikir banyak kepahitan yang aku lalui tahun itu kan. Yupp~ memang sejujurnya aku banyak melalui kepedihan yang aku sendiri tidak sangka tapi alhamdulillah aku berjaya mengharungi badai gelora itu dengan semangat dan kekuatan yang aku sendiri tidak tahu dari mana datangnya kekuaatan sebegitu. Tangisan demi tangisan yang dikeluarkan oleh kelopak mataku akan ku semat dihati agar bila ianya berlaku lagi aku masih tabah dan mampu menghadapinya. *tersenyum* ("let bygones be bygones" kata hafiz)

Okeyh-okeyh, tak nak lah buat korang ternanti-nanti. So aku direct terus kepada azam aku tahun 2014 ini.



Azam aku tahun ini :-
Aku nak lebih dekat lagi denganNYA.
Spend more time dengan family dan kawan-kawan.
Mencari si DIA (woooo~ *gatal*)
Kekalkan akhlak yang baik dan perbaiki kelemahan diri.
Nak kurus sikit ! sikit je ^^
Have a new hairstyle.
Mencuba datang awal ke tempat kerja.
Tingkatkan kesabaran dalam melayan karenah pelanggan.
Cuba menjadi perempuan.
Lesen.( harus siap dalam tahun ini)
Mencari kerja lain yang lebih baik.
Dapatkan satu aset.
Kumpul duit sebanyak yang mampu.
Note III ! grrr~ mesti dapatkan jua~




Nampak macam banyak kan. Harap-harap aku dapat mencapainya. Hwaiting :D

Labels: , ,

| Newer Post