ABOUT STORY MY BIAS


Meet The Owner

New Status
To love is nothing, to be loved is something but to love and to be loved by the one you love,that is EVERYTHING


Assalamualaikum and Annyeong-haseyo to all my fellow followers~ !=)

Super Blogger





Read It Loud



This template was created by 'Izzah . Basecodes by Wana . Yaya gives me the beautiful header . Please inform me if I use your stuff but I didn't mention it, oke? ^^
Rakan Sekerja , Bestie & Seangkatan denganNya .



Assalamualaikum...


Kidnap dari blog kak~



Alhamdulillah , sedar tak sedar nak dekat setengah tahun aku kerja sebagai promoter di sebuah pasaraya kecil dan baru dibuka dikawasan rumahku. Kedai itu diberi nama sebagai PasarayaKU. Aku tahu mungkin ramai tidak biasa dengan dengan nama kedai ini tapi kedai ini memang terkenal dengan harga barang murahnya. Aku dulu pun tidak biasa dengan nama kedai ini, masa dekat perak adalah aku jumpa kedai ini tapi nak jumpa dekat tempat lain susah juga. Selain itu, sepanjang aku duduk Dungun (tempat aku bertapa dulu-dulu. hahaha) dekat bandar dia ada juga kedai ini. Jadi aku memang sudah terbiasa membeli belah di kedai yang murah-murah sebegini. Aku memang saving sikit kalau dalam berbelanja ini (ykew?) Tapi memang jarang sangat barang-barang aku dari jenama mahal-mahal pun. Itu pun kalau ada. Hahaha. Nasiblah suami aku. Mahu aku bawa dia ke kedai murah-murah sahaja. Lalalalala~*menari balet*

Bersempena picca tersebut, aku berjaya juga menjumpai kawan yang boleh dikatakan sekepala dengan aku ditempat kerja. Kira otak dia dan otak aku boleh dicampur-campurkan lah (erk~ macam pelik je aku punya hiperbola). Kisah lak, janji aku dan kak mira gorgeous ^^
Selepas peninggalan kawan aku yang seorang ini, Aishah. Huh, aku sedih gila kot. Hampir berhenti. Aku ini ikut perasaan juga kadang-kadang. Nak buat macam mana anak ketiga memang begini, tambahan pula berdarah B lagilah mengikut mood sahaja. Teruk. Tapi masih mengekalkan sikap professional (bangga kejap).


Sebenarnya aku pun tak tahu kenapa dan mengapa aku menaip entri begini begini kali ini. HAHA. Mungkin aku bakal meninggalkan tempat ini, MUNGKIN. Tapi ada juga aku berdiskusi dengan supervisor aku tentang hal yang aku tidak lama bekerja di situ. Dia ada menyatakan rasa kesedihan dikala itu. Aduhai, Ah Yong tolong lah. Seandainya aku tidak dapat bertahan lagi aku hanya minta lepaskan gengaman jarimu agar aku bisa pergi tanpa berpaling (haa, keluar sudah ayat penulisan aku). XDXD

Berbalik kepada gambar~ manusia yang berposing itu adalah kak mira nama singkatan yang kami beri. Nama penuh beliau Amirah yusreena Bint Amir Hamzah. Seriuslah aku suka dengan nama dia. Yusreena~ Chantik seperti orangnya. Rasa macam nak letak dekat nama anak aku je nanti (eh~ over lak). Aku panggil dia kakak sebab dia tua setahun dari aku tapi perangai dia secomel comel kanak-kanak ribena. Lol~ Dah memang kena sangat dengan aku yang kurang matang ini. *Sigh*



Kata-kata Google :  One of the most beautiful qualities of true friendship is to understand and to be understood.


William Shakespeare : A friend is one that know you as you are, understands where you have been, accepts what you have become, and still, gently allows you to grow.



Last but not least~ gambar aishah sebagai kenangan yang terindah buatku. Suka duka kita bersama. Till jannah kawan-kawan :)



Bunga yang dia dapat dari mamat mana aku tak ingat tapi dia suka sangat sebab dia memang minah bebungaan. 



Labels: , , ,

Older Post | Newer Post